Jumaat, 11 Mac 2016

KBP Sertai Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Ke 32

SELASA. 23 Februari 2016 -  Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke 32, pasukan Kadet Bomba telah menyertai acara perbarisan lalu. Sebelum ini beberapa siri latihan telah dijalankan di Padang Kawad Pusat Latihan Bomba Penyelamat di Kampong Perpindahan Lambak Kanan pada sebelah petang di samping latihan penuh pada sebelah pagi.

Pasukan Kadet Bomba yang diketuai oleh PFCO Norimy bin Haji Ahad dan dibantu oleh Kadet Bomba Terlatih Md Zulfitri dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah menurunkan 100 orang ahli terdiri dari KUPU SB, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Sekolah Menengah Katok, Sekolah Menengah Rimba II, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dan Sekolah Menengah Sayyidina Husain. 


Barisan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat ketika berkawad melalui Jalan Sultan menuju ke Taman Haji Sir Muda Omarali Saifuddien di ibu negara (Gambar di atas dan di bawah)




Pasukan KBP melakukan hormat pandang kanan 
(Sumber Gambar: Masri@Infofoto)

Penyertaan ahli KBP di dalam perhimpunan ini adalah yang paling ramai walaubagaimanapun tidak kesemuanya menyertai perbarisan kerana terdapat juga ahli-ahli yang membuat persembahan terutama di dalam pertunjukan seni mempertahankan diri.