MENTERI Hal Ehwal 
Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia
 Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika hadir selaku tetamu 
kehormat pada Upacara Perbarisan Kawalan Kehormatan Sambutan Hari Ulang 
Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang ke-56 Tahun berlangsung di
 Padang Kawat Lama Ibu Pejabat JBP Berakas.
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 April. –
 Sambutan Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Ke-56 Tahun 
diraikan dengan Upacara Perbarisan Kawalan Kehormatan yang merupakan 
acara kemuncak sambutan, berlangsung di Padang Kawad, Ibu Pejabat Bomba 
dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada 
upacara tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat 
Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar 
bin Haji Apong.
Terdahulu, ketibaan Yang Berhormat Pehin
 dialu-alukan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji 
Abdul Rahman yang kemudiannya juga menerima tabik hormat panglima dan 
memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada 60 pegawai
 dan anggota.
MENTERI
 Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato
 Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika memeriksa 
Perbarisan Kawalan Kehormatan pada Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan 
Bomba dan Penyelamat (JBP) Yang Ke-56 Tahun.
Yang Berhormat Pehin menerima tabik 
hormat dari perbarisan kawalan kehormatan semasa perbarisan berjalan 
lalu dan seterusnya menyampaikan ucapan.
Selesai upacara perbarisan, Yang 
Berhormat Pehin beredar meninggalkan padang kawad bagi beredar ke Dewan 
Serbaguna bagi majlis penyampaian penghargaan kepada seramai 49 pegawai 
dan kakitangan contoh yang terdiri daripada 45 pegawai dan anggota JBP 
serta empat orang dari kakitangan awam di jabatan berkenaan.
Yang Berhormat Pehin juga menyampaikan 
Anugerah Balai Contoh 2015 – 2016 yang telah dibuat penilaian dari empat
 sudut iaitu Sudut Operasi, Sudut Teknikal, Sudut Perancangan Latihan 
dan Sudut Pentadbiran dan Kewangan yang dimenangi keseluruhannya oleh 
Balai Bomba SPARK.
MENTERI HEDN semasa menyampaikan Anugerah Anggota dan Kakitangan Contoh dan Balai Balai Bomba Contoh.
Sebelum meninggalkan majlis Yang 
Berhormat Pehin menandatangani lembaran kenangan dan seterusnya 
bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang 
Tahun JBP Ke-56 Tahun.
Juga hadir ialah setiausaha-setiausaha 
tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan di bawah 
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), jemputan-jemputan khas, 
pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan dan 
mantan-mantan pegawai dan anggota JBP.
- Pelita Brunei Online. Ahad, 10 April 2016.