Khamis, 10 Mac 2016

Perlawanan Kawad Program Khidmat Bakti Negara 2015

Berakas - Sabtu, 13 Jun 2015 -  Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) pagi ini telah mengadakan perlawanan kawad kaki peringkat akhir di antara pasukan-pasukan beruniform. Perlawanan ini telah diadakan di Padang Kawad, Kem Latihan PKBN, Perkampungan Sukan Berakas. Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat (KBP) telah menyertai perlawanan ini yang turut disertai oleh 4 buah pasukan yang lain iaitu Pasukan Alumni PKBN 'A', Pasukan Alumni PKBN 'B', Pasukan Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PKT) dan Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei.

Kriteria yang ditekankan di dalam perlawanan ini ialah pemeriksaan pakaian dan kawad secara berpasukan. Dari jumlah markah keseluruhan, PKT telah menjuarai perlawanan dengan memperolehi markah sebanyak 84%, diikuti dengan Alumni PKBN 'B' (80%) dan Alumni PKBN 'A' (77%). Manakala KBP menduduki tempat keempat dengan memperolehi markah sebanyak 73%. Perlawanan ini adalah kali yang kedua diadakan.

Tetamu kehormat majlis bergambar ramai bersama pasukan-pasukan yang mengambil bahagian
(Sumber: pktubd.wordpress.com)