Khamis, 10 Mac 2016

Sertai Latihan Istiadat Perbarisan Kehormatan.

Bandar Seri Begawan - Khamis, 13 Ogos 2015 - Bagi memperkemaskan perbarisan pasukan pertubuhan beruniform di dalam Istiadat Perbarisan Kehormatan Sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 69, pagi ini telah diadakan raptai penuh.

Sepertimana pada tahun lepas, pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat menyertai latihan-latihan berkaitan dengan istiadat perbarisan berkenaan dengan menjalani latihan di Padang Kawad Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat di Kampong Perpindahan Lambak Kanan. Mulai 8 Ogos, latihan mula diadakan di Taman Haji Sir Muda Omarali Saifuddien di ibu negara manakala pada hari ini, latihan penuh telah diadakan.

Hadir untuk menyaksikan raptai tersebut ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan Jabatan Adat Istiadat Negara. Turut hadir bagi menyuntik semangat ahli-ahli pasukan kadet ialah Komandan Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, Urusetia Pasukan Kadet dan Jurulatih-jurulatih Pusat Latihan.

Bergambar ramai di hadapan potret KDYMM setelah selesai latihan perbarisan