Khamis, 10 Mac 2016

Warga KUPU SB pamer semangat patriotik


BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Dalam menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Kebangsaan ke-32 ini, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) turut menunjukkan semangat patriotik mereka  dengan mengadakan Majlis Menaikkan Bendera.

Upacara seumpamanya di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pula telah dikendalikan oleh Exco Beruniform, Majlis Persatuan Pelajar yang berlangsung di hadapan Bangunan Pentadbiran KUPU SB.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

Pemangku Ra’es KUPU SB, hadir pada Majlis Menaikkan Bendera.
Pemangku Ra’es KUPU SB, hadir pada Majlis Menaikkan Bendera.

Majlis dimulakan dengan perbarisan lalu pembawa bendera besar Negara Brunei Darussalam, wakil-wakil warga KUPU SB serta mahasiswa-mahasiswi KUPU SB.
Tetamu kehormat kemudian menyerahkan bendera kepada anggota Pasukan Kadet Bomba KUPU SB untuk dinaikkan dan dikibarkan dengan iringan lagu kebangsaan dan laungan takbir ‘Allahu Akhbar’ sebanyak tiga kali yang diketuai oleh tetamu kehormat.
Pada majlis itu juga, Dr. Haji Adanan turut menyempurnakan pengagihan bendera kepada wakil-wakil dekan bagi setiap fakulti di KUPU SB, bahagian pentadbiran, wakil-wakil persatuan dan pusat KUPU SB, wakil mahasiswa-mahasiswi serta wakil Majlis Persatuan Pelajar.
(Sumber berita dan gambar: Media Permata Online. 10 Februari 2016.