Sabtu, 10 Ogos 2013

Jadual bagi majlis-majlis sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-67 Tahun


1. Taklimat bagi acara-acara berkenaan:

    Tarikh    :   02 September 2013
    Jam       :   1430
    Tempat :   Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, Lambak Kanan.
    Pakaian :   Kemas

2. Latihan dalaman:

    Tarikh :   05 & 07 September 2013
    Jam    :    1430
    Tempat :   Padang Kawad, PL Bomba dan Penyelamat, Lambak Kanan

3. Latihan padang:

    Tarikh  :   09 - 12 September 2013
    Jam     :   0710
    Tempat:   Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

4. Istiadat Perbarisan Kehormatan

    Tarikh   :   15 September 2013
    Jam       :   0700
    Tempat :   Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

5. Majlis Santap Pasukan Beruniform:

    Tarikh   :   17 September 2013
    Jam       :   1700
    Tempat melapor :   Balai Bomba dan Penyelamat Tumasek
    Tempat acara     :   Dewan Persantapan, Istana Nurul Iman.
    Pakaian  :   Uniform No. 2 (Hitam)

6. Majlis Ramah Mesra & Junjung Ziarah bagi daerah Brunei-Muara

    Tarikh     :   29 September 2013
    Jam         :   0730
    Tempat   :   Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
    Pakaian   :   Uniform No. 2 (Hitam)

Hanya pegawai dan anggota kadet yang telah ditetapkan sahaja yang akan menyertai majlis-majlis tersebut.


'Fire and Rescue Team Cadet Camp' concludes at Berakas Forest Recreation Park

Achong Tanjong


 Pg Suhaimi bin Pg Hj Bakar. Acting Director of the Co-Curriculum Education Department, presenting a certificate and a memento to one of the participants.


 Participants competing in the 'Skill Competition'. - PHOTOS: ACHONG TANJONG

The inaugural "Fire and Rescue Team Cadet Camp" for secondary schools and colleges nationwide came to a close yesterday, in a ceremony held at the Berakas Forest Recreation Park.

Present at the event were the Director of the Fire and Rescue Department, Awg Yahya bin Hj Abdul Rahman and the Acting Director of the Co-Curriculum Education Department, Ministry of Education, Pg Suhaimi bin Pg Hj Bakar.

Guests at the event also witnessed the finals of 'Skill Competition' involving four teams and the presentation of certificates to participants of the camp.

The cadet camp was participated by 25 cadet members and eight supervising teachers from six schools, namely Sultan Muhammad Jamalul Alam Secondary School, Rimba Secondary School, Rimba 2 Secondary School, Menglait Secondary School, Sayyidina Hasan Secondary School and Sayyidina Husain Secondary School.

The objectives of the camp were to unite all members of the Fire and Rescue cadet teams and to enable them to gain knowledge through camping activities.

- Borneo Bulletin Online - Tuesday, December 4th, 2012.

25 kadet bomba sertai perkhemahan

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat
Pengarah Bomba dan Penyelamat Awang Yahya menyempurnakan penyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta Perkhemahan Tahunan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Senegara.

 
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis - Seramai 25 orang kadet Bomba dan Penyelamat dari enam buah sekolah menengah seluruh negara telah menyertai Perkhemahan Tahunan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Senegara yang diadakan bermula 30 November lalu dan berakhir kelmarin di Taman Hutan Simpanan Berakas.

Perkhemahan yang juga menyaksikan penyertaan lapan guru pengawas itu merupakan salah satu kegiatan bahagian beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Kementerian Pendidikan yang dikendalikan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Hadir pada majlis penutup perkhemahan selaku jemputan khas ialah Pengarah Bomba dan Penyelamat Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman dan Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar.

Pada majlis penutup para hadirin menyaksikan pertandingan Skill Competition peringkat akhir yang melibatkan tiga buah pasukan dari peserta kadet sekolah menengah.

Pada majlis itu Kem Komandan Haji Muhamad Khairul Azizul bin Haji Abdul Zaini dan wakil daripada peserta perkhemahan Siti Khadijah binti Haji Mohammad dari Sekolah Menengah Rimba telah memberikan ucapan.

Penyampaian hadiah kepada peserta-peserta Skill Competition telah disempurnakan oleh Awang Yahya, sementara penyampaian sijil kepada peserta-peserta perkhemahan telah disempurnakan oleh Pengiran Suhaimi.

Sepanjang perkhemahan para peserta telah didedahkan dengan beberapa aktiviti yang meliputi aspek-aspek kerohanian akhlak, fizikal kemasyarakatan dan amal.

Aktiviti yang dirancang adalah berasaskan kepada pembelajaran, kemahiran kendiri serta pelbagai aktiviti yang dapat menggalakkan perkembangan kognitif, kreativiti dan bakat pelajar serta memupuk perpaduan dan kesedaran di antara peserta-peserta perkhemahan melalui kegiatan berkumpulan.

Peserta perkhemahan jua mengikuti kuliah subuh yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah di Fakulti Usuluddin Awang Azman bin Haji Kassim dan taklimat motivasi yang disampaikan oleh seorang ahli perniagaan dan Naib Presiden Majlis Perniagaan Wanita iaitu Dayang Norhayati binti Abu Bakar.

Majlis penutup perkhemahan diakhiri dengan sesi bergambar ramai. Doa selamat telah dibacakan oleh Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Mohd Rosman bin Haji Bara.

- Media Permata. Rabu, 5 Disember 2012.

Revival of Fire and Rescue cadet camp


Tuesday, December 4, 2012
 
 
Fire and Rescue cadets during the skill competition held during the closing ceremony of the Fire and Rescue Camp. 
Pictures: BT/Syazwan Sadikin
 
THE Ministry of Education and Fire and Rescue Department worked together and revived the biennial Fire and Rescue Cadet camp for youths. It aimed at bringing together the Fire and Rescue cadets while providing background on Fire and Rescue and gaining experience and discipline.

The closing ceremony was held today for the cadets after completing a four-day annual camping activity.

Twenty-five Fire and Rescue cadets nationwide and eight cadet supervisors participated in the camping activity held at the Berakas Forest Reserve.

Director of Fire and Rescue Department, Yahya Hj Abd Rahman and acting director of Co-Curriculum Department, Pg Suhaili Pg Hj Bakar attended the closing ceremony yesterday as guests of honor.

A skill competition was held in conjunction with the closing ceremony, it saw three teams from the secondary schools competing each other for the fastest time in setting up the fire hose to be used to hit a target.

During the ceremony, Camp Commandant, Hj Muhamad Khairul Azizul Hj A Zaini and a representative from the camp, Siti Khadijah Hj Mohammad from Rimba Primary School delivered their speech.

Both guests of honors presented the prizes to the winners of the skill competition.

Hj Muhamad Khairul Azizul said that with the revival of the Fire and Rescue Cadet camp, he hoped that this event will be held biennially. This can unite all of the Fire and Rescue cadets that have been established in secondary schools, while also providing knowledge on Fire and Rescue and gaining experience and discipline through the programme.

He further hoped that in the years to come, the camping programme will continue to receive encouraging support from schools as it is in accordance to the needs and roles of a Fire and Rescue Cadet.

Siti Khadijah said that during the camping course, they gained experiences and beneficial knowledge which they will never forget.

Activities such as the flying fox, leadership work and skill competition have encouraged them to be more courageous, disiciplined, dedicated and better at interacting with one another and be more aware of their surroundings.

Aside from the rigorous activities, attending a subuh lecture, motivational talks and carrying out community service also taught them to be more aware of their responsibilities as youth of the country.

"I urge our camping friends to share your experiences when you return to school and bring hope that more Fire and Rescue cadets will join this camping activity in the future ," said Siti Khadijah

During the camp, participants were also exposed to activities which cover aspects of spirituality, physical activities, community services and charitable works.

Campers also attended dawn lectures which was delivered by assistant lecturer at the Usuluddin faculty, Ustaz Azman Hj Kassim and a motivational talk delivered by an entrepreneur and vice president of the Woman Business Council, Norhayati Abu Bakar.

The closing ceremony concluded with a group photo and a thanksgiving prayer led by religious teacher from the Fire and Rescue Unit, Ustaz Mohd Rosman Hj Bara.

The last Fire and Rescue Cadet camp was held at Sg Tali, Kuala Belait in 1979. The camp was recently revived with the help of the Co-curriculum Department and the Fire and Rescue Department.

The Brunei Times

Timbalan SUT tinjau perkhemahan kadet bomba

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat

Ahli kadet menunjukkan kemahiran mereka.
 
 

 Awang Roslan melawat dan beramah mesra dengan guru-guru dan ahli kadet di perkhemahan berkenaan.


BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Dis - Sebagai usaha untuk melihat dengan lebih dekat kegiatan dan latihan yang dijalankan semasa Perkhemahan Tahunan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah-Sekolah Menengah Senegara,Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Roslan bin Haji Taja'ah telah mengadakan lawatan ke perkhemahan berkenaan yang berlangsung di Taman Hutan Simpanan Berakas pada 3 Disember lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan lagi, semasa lawatan itu, Awang Roslan diiringi oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kokurikulum.

Awang Roslan telah membuat lawatan ke khemah-khemah peserta kadet dan beramah mesra dengan guru-guru pengawas serta peserta kadet. Beliau juga melawat kemudahan kecemasan first aider bagi persediaan jika terjadi sebarang kecemasan atau kecederaan serta berkesempatan menyaksikan satu demonstrasi rawatan kecemasan yang dipertunjukkan oleh anggota pasukan first aider Jabatan Bomba dan Penyelamat berserta kadet.

Sebelum meninggalkan perkhemahan berkenaan, Awang Roslan juga menyaksikan para peserta kadet Bomba melakukan satu demonstrasi memadam kebakaran seperti yang telah mereka pelajari.

- Media Permata. Khamis, 6 Disember 2012.

Rabu, 7 Ogos 2013

12 kadet bomba KUPU SB terima sijil


Oleh Ak Fairol RMF & Syah D


Sesi bergambar ramai bersama peserta yang telah menamatkan kursus.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan - Seramai 12 orang Ahli Kadet Bomba dan Penyelamat KUPU SB semalam telah menerima sijil setelah berjaya menamatkan tiga modul Kursus Asas Kadet Bomba dan Penyelamat.

Pada asalnya seramai 37 orang pengambilan kadet dari kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) tetapi cuma 12 sahaja, enam lelaki dan enam perempuan, yang berjaya menamatkan ketiga-tiga modul yang ditawarkan oleh Pusat Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat, iaitu Kawad Kaki, Teori Kebombaan dan Kawad Kebombaan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil ialah Pemangku Komandan, Pusat Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat ASFR Haji Nordin bin Haji Buntan, dan turut hadir ialah Pengarah Pusat Ilmu Teras, KUPU SB Prof Madya Dr Ghazali bin Basri, Awang Haji Roslan bin Haji Untung selaku penyelaras Ko-Kurikulum KUPU SB dan beberapa pegawai-pegawai dari KUPU SB.

Salah seorang peserta kursus Pengiran Khairul Norlizam bin Pengiran Rosli menyatakan perasaan gembira kerana berjaya menamatkan kursus yang bermakna ini.

Beliau yang merupakan pelajar latihan dalam perkhidmatan yang belajar di KUPU SB juga menyatakan akan kepentingan kursus ini sebagai seorang pendidik di sekolah dan beliau berharap akan ada kesempatan di masa mendatang untuk mendalami lagi akan keperluan-keperluan kebombaan demi untuk memastikan keselamatan pelajar di sekolah nanti.

Wakil peserta kursus Awang Muhammad Arif bin Abd Hadi pula berkata meskipun Kemahiran yang telah diajarkan hanya berupa sebahagian asas kebombaan namun ia sangat bernilai kepada peserta sebagai sebahagian daripada masyarakat dengan berbekalkan kemahiran yang ada, sementara latihan-latihan yang telah didedahkan sepanjang kursus ini, memang telah mencuba keupayaan fizikal, mental dan emosi peserta kursus untuk menjadi seorang yang cekal, cergas dan sabar dalam apa jua situasi.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Awang Haji Mohammad Jaya bin Hj Metussin.
-        
       - Media Permata - Isnin, 16 Januari 2012