Rabu, 4 Mac 2015

KUPU SB membariga sambutan Hari Kebangsaan

Saerah Haji Abdul Ghani

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Februari. - Dalam sama-sama menyuntik semangat patriotik serta membarigakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun ini, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini turut mengadakan Upacara Menaikkan Bendera yang berlangsung di hadapan Bangunan Pentadbiran, KUPU SB, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dalam upacara ini ialah Ra'es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim serta dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, pensyarah-pensyarah dan kakitangan kolej tersebut.

nday1
HADIR selaku tetamu kehormat Upacara Menaikkan Bendera ialah Ra'es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim serta dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, pensyarah-pensyarah dan kakitangan kolej tersebut. (Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi) 

Terdahulu, upacara dimulakan dengan perbarisan lalu Pasukan-Pasukan Pengibar Bendera Negara Brunei Darussalam berserta dengan pembawa bendera negara bagi mewakili pusat / fakulti / bahagian dan diikuti oleh Pasukan Kadet Bomba KUPU SB, Pasukan Bulan Sabit Merah, sukarelawan dan mahasiswa serta mahasiswi KUPU SB.

nday2
UPACARA Menaikkan Bendera dimulakan dengan perbarisan lalu Pasukan-Pasukan Pengibar Bendera Negara Brunei Darussalam berserta dengan pembawa bendera negara bagi mewakili pusat/fakulti/bahagian dan diikuti oleh Pasukan Kadet Bomba KUPU SB, Pasukan Bulan Sabit Merah, sukarelawan dan mahasiswa serta mahasiswi KUPU SB. (Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi)

nday3
UPACARA Menaikkan Bendera yang berlangsung di hadapan Bangunan Pentadbiran, KUPU SB. (Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi) 
Acara diteruskan dengan bacaan Asma'ul Husna dan Surah Al Faatihah diikuti dengan Upacara Menaikkan Bendera dan Penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang diiringi dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.
Laungan takbir 'Allahuakbar' sebanyak tiga kali menyusul kemudian yang dilaungkan oleh Dekan Pelajar KUPU SB.

-Pelita Brunei Online. Isnin. 09 Februari 2015.