Oleh Azmerul Haji Haris
BANDAR
 SERI BEGAWAN, Isnin – Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal 
Ehwal Dalam Negeri bersama Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian 
Pendidikan hari ini bekerjasama untuk mewujudkan semula Pasukan Kadet 
Bomba dan Penyelamat di kalangan pelajar sekolah dan maktab.
Sehubungan
 itu, Majlis Perasmian Kursus Bagi Guru Pengawas Kadet Bomba dan 
Penyelamat diadakan hari ini di Pusat Latihan Jabatan Bomba dan 
Penyelamat, Lambak Kanan.
Pada peringkat permulaan seramai 22 guru dari sekolah menengah Daerah Brunei dan Muara mengikuti kursus berkenaan selama sebulan di pusat berkenaan.
Kursus
 itu meliputi dua aspek utama iaitu teori dan juga praktikal kebombaan 
termasuk aspek pengurusan, akta, kebakaran, menyelamat, kawad kebombaan,
 ikatan tali dan pembersihan kimia.
Yang
 hadir bagi merasmikan kursus berkenaan ialah Pemangku Pengarah Bomba 
dan Penyelamat, Pengiran Haji Mohd Daud bin Pengiran Haji Mohammad.
Menurutnya,
 Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat mula ditubuhkan pada 1 Oktober 1979 
dengan obkeltifnya untuk menjadikan bidang kebombaan sebagai bidang 
kerjaya bagi pelajar pada masa akan datang.
Pengiran Haji Mohd Daud menyampaikan ucapan
Tambah
 beliau lagi, penubuhan semula Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat pada 
hari ini selain untuk menyebarluaskan pasukan beruniform adalah untuk 
menanamkan kesedaran awal kepada anak muda mengenai bahaya kebakaran 
serta langkah pencegahannya.
Bermula
 pada tahun 1979, terdapat 10 sekolah menengah dan maktab terlibat dalam
 Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dengan jumlah 100 ahli bersama 10 
orang pengawas sebelum terhenti pada tahun 1982.
Pada
 masa ini sebanyak lima pasukan beruniform bergiat aktif di kalangan 
warga sekolah dan juga maktab termasuk Pasukan Kadet Tentera, Pasukan 
Kadet Polis, Pasukan Pengakap, Pasukan Pandu Puteri dan Pasukan Bulan 
Sabit Merah.
Penubuhan
 Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat akan menambahkan lagi bilangan 
pasukan beruniform di negara ini dan guru pengawas yang mengikuti kursus
 dan Berjaya menjadi pengawas akan bertanggungjawab untuk menubuhkan 
serta melatih Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat di kalangan warga 
sekolah dan maktab.
 Antara guru-guru yang menyertai kursus itu.
- Media Permata – Selasa 3 April 2007.


