Sabtu, 16 Mac 2019

Majlis Penutup Perkhemahan Pasukan Beruniform Sekolah Menengah PAP Hajah Masna 2019



BERAKAS - SABTU, 16 Mac 2019 - Majlis Penutup Perkhemahan bagi pasukan-pasukan beruniform Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SM PAP Hajah Masna) telah diadakan pada hari ini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Pengarah di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan. Perkhemahan tersebut diadakan di kompleks sekolah berkenaan di Kampong Sungai Akar yang diadakan selama 3 hari bermula dari Hari Khamis, 14 Mac 2019. Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat sekolah berkenaan turut menyertai perkhemahan tersebut bersama Pasukan Kadet Tentera, Pasukan Kadet Polis, Pasukan Pengakap, Pasukan Pandu Puteri dan Pasukan Bulan Sabit Merah.






Bergambar kenangan bersama pegawai dari Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat


Bersama Cikgu Jalil bin Pengarah Haji Kapitan, Ketua Unit Beruniform, JPKK



Bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis, para jemputan serta wakil-wakil pasukan beruniform


Berbagai aktiviti telah disusun sebagai pengisian program perkhemahan tersebut yang dilaksanakan secara kerja berpasukan yang mana telah menyaksikan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat muncul sebagai juara keseluruhan. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah wakil dari Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat, Pegawai Balai Awang Taha dan Ahli Bomba Kanan Wanita Dayang Zarinah serta pegawai-pegawai dari Unit Beruniform, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat, SM PAP Hajah Masnah diterajui oleh Pegawai Kadet Bomba Percubaan Dayang Rafidah dan Pegawai Kadet Bomba Percubaan Dayang Dalina.

(Kredit Foto: Pegawai Kadet Bomba Awang Muhammad Hilmey bin Haji Mohd Yassin)