Oleh : Nooratini Haji Abas
Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Januari. - Seramai
36 Kadet Bomba dan Penyelamat Kolej Universiti Perguruan Ugama
Seri Begawan (KUPU SB) termasuk tiga kakitangan KUPU SB
dan dua pelajar kolej kediaman mengadakan Latihan Fire Marshal
bertempat di kolej berkenaan, di sini.
Antara lain Fire Marshal tersebut diadakan bertujuan untuk
mengetahui dan memahami cara-cara mengatasi serta bertindak
dalam situasi kebakaran juga apa jua kecemasan.
Program Fire Marshal berlangsung selama tiga hari bermula
9 Januari lalu, diketuai oleh Penyelaras Pasukan Kadet Bomba dan
Penyelamat KUPU SB, Dayangku Zainab binti Pengiran Haji Tuah.
Menurut beliau, Fire Marshal tersebut sangat penting untuk
masyarakat mengetahui teknik-teknik untuk menyelamatkan
semasa kebakaran, selain mengenal pasti kelemahan alat-alat penggera
yang terdapat di KUPU SB.
Jelasnya, ia sangat berguna dan bermanfaat kepada masyarakat
mengetahui bahagian Fire Marshal bagi mengurangkan kerosakan
harta benda kerajaan juga harta kita sendiri.