Selasa, 29 Ogos 2017

Istiadat Perbarisan Kehormatan Sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 70 Tahun

Bandar Seri Begawan - Jumaat, 15 Julai 2016. Pada tahun ini genaplah usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Wadaulah yang ke 70 tahun. Pada kali ini, Istiadat Perbarisan Kehormatan diadakan dalam minggu kedua bulan Syawal 1437H di mana umat Islam di negara ini masih lagi meraiekan Hari Raya Aidil Fitri. Namun ianya tidak menghalang Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dari menyertai istiadat berkenaan.

Pada tahun ini, pihak Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat telah menurunkan seramai 35 orang ahli kadet yang diketuai oleh Pegawai Kadet Bomba Percubaan Mohd Hilmey bin Haji Yassin dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan manakala penolongnya ialah Pegawai Kadet Bomba Percubaan Hajah Latipah binti Shawal dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Jerudong. Pegawai pelapis pula ialah Pegawai Kadet Bomba Percubaan Awang Norimy bin Haji Ahad.

Di antara institusi pendidikan yang terlibat di dalam pasukan kadet ini ialah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dan Sekolah Menengah Sayyidina Husain.