Sabtu, 10 Jun 2017

Majlis Penyampaian Tanda Pangkat dan Sijil

Berakas. Sabtu. 10 Jun 2017 - Majlis Penyampaian Tanda Pangkat dan Sijil tamat Kursus Ulangkaji Pegawai Kadet Bomba (Guru Pengawas) Siri 01/2016 telah diadakan pada tengahari tadi. Majlis yang telah diadakan di Lobi Tingkat 1, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat telah menyaksikan salah seorang guru pengawas kadet bomba iaitu Pegawai Kadet Bomba Percubaan Dayang Hajah Latifah binti Haji Sawal telah menerima Tanda Pangkat dan Sijil tamat kursus. 


Dayang Hajah Latifah adalah salah seorang dari guru pengawas pengambilan pertama Siri 01/2007 dan telah terlibat secara aktif dengan aktiviti kekadetan sejak penubuhan semula pasukan Kadet Bomba pada tahun 2007. Ketika itu, guru-guru pengawas kadet menggunakan panggilan pangkat Cadet PSO (Probation Station Officer) sebelum ditukar kepada Pegawai Kadet Bomba Percubaan.

Beliau bertugas di Sekolah Menengah Saiyidina Husain, Jerudong di Mukim Sengkurong sebagai guru matapelajaran Geography. Selain itu, beliau juga aktif di dalam bidang seni tarian Melayu Asli dan bidang sukan hoki. Tanda pangkat dan sijil disampaikan oleh Komanda Pusat Latihan, Penguasa Bomba dan Penyelamat Awang Abd Sufriyan bin Haji Abdul Hamid. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai di pusat latihan berkenaan dan guru-guru pengawas yang lain.

Hajah Latifah (barisan tengah, tiga dari kanan) bergambar ramai bersama Komandan dan pegawai-pegawai Pusat Latihan serta rakan seperjuangan