Berakas - Rabu, 17 Mei 2017 - Satu demonstrasi sukan Judo telah diadakan pada petang tadi bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah bermula jam 2 petang. Acara dianjurkan bersama di antara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kedutaan Jepun di negara ini.
Acara demonstrasi dimulakan dengan sejarah ringkas sukan judo oleh wakil sukan berkenaan dari negara Jepun. Seterusnya diikuti oleh demonstrasi sukan berkenaan termasuk gerakan pemanasan badan. Hadir di acara tersebut ialah pegawai-pegawai dari KKBS dan wakil-wakil dari Pejabat Kedutaan Jepun. Turut hadir di demonstrasi tersebut ialah pasukan-pasukan beruniform di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan iaitu Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kadet Polis Diraja Brunei dan Kadet Bomba dan Penyelamat (KBPB).
Di antara pegawai-pegawai dari KKBS dan wakil Pejabat Kedutaan Jepun yang hadir
Seramai 4 orang ahli KBPB dari Sekolah Menengah Saiyyidina Husain yang diiringi oleh guru pengawas KBPB, Pegawai Kadet Bomba Percubaan Hajah Latipah binti Sawal dan 5 orang ahli KBPB dari Sekolah Menengah Saiyyidina Hassan diiringi oleh guru pengawas Cikgu Haryati binti Panjang menyertai demonstrasi tersebut.
Sesi pemanasan badan sebelum demonstrasi
Para peserta mendengar penerangan dari wakil sukan berkenaan
Tunjukcara cara memegang lawan
Tunjukcara menjatuhkan lawan
Ahli-ahli KBPB beserta guru-guru pengawas bergambar bersama wakil sukan judo dari Jepun
(Kredit foto: Pegawai Kadet Bomba Percubaan Muhammad Hilmey dan Guru Pengawas KBPB Haryati binti Panjang)