Selasa, 29 Ogos 2017

Istiadat Perbarisan Kehormatan Sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 70 Tahun

Bandar Seri Begawan - Jumaat, 15 Julai 2016. Pada tahun ini genaplah usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Wadaulah yang ke 70 tahun. Pada kali ini, Istiadat Perbarisan Kehormatan diadakan dalam minggu kedua bulan Syawal 1437H di mana umat Islam di negara ini masih lagi meraiekan Hari Raya Aidil Fitri. Namun ianya tidak menghalang Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dari menyertai istiadat berkenaan.

Pada tahun ini, pihak Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat telah menurunkan seramai 35 orang ahli kadet yang diketuai oleh Pegawai Kadet Bomba Percubaan Mohd Hilmey bin Haji Yassin dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan manakala penolongnya ialah Pegawai Kadet Bomba Percubaan Hajah Latipah binti Shawal dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Jerudong. Pegawai pelapis pula ialah Pegawai Kadet Bomba Percubaan Awang Norimy bin Haji Ahad.

Di antara institusi pendidikan yang terlibat di dalam pasukan kadet ini ialah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dan Sekolah Menengah Sayyidina Husain.

Sabtu, 10 Jun 2017

Majlis Penyampaian Tanda Pangkat dan Sijil

Berakas. Sabtu. 10 Jun 2017 - Majlis Penyampaian Tanda Pangkat dan Sijil tamat Kursus Ulangkaji Pegawai Kadet Bomba (Guru Pengawas) Siri 01/2016 telah diadakan pada tengahari tadi. Majlis yang telah diadakan di Lobi Tingkat 1, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat telah menyaksikan salah seorang guru pengawas kadet bomba iaitu Pegawai Kadet Bomba Percubaan Dayang Hajah Latifah binti Haji Sawal telah menerima Tanda Pangkat dan Sijil tamat kursus. 


Dayang Hajah Latifah adalah salah seorang dari guru pengawas pengambilan pertama Siri 01/2007 dan telah terlibat secara aktif dengan aktiviti kekadetan sejak penubuhan semula pasukan Kadet Bomba pada tahun 2007. Ketika itu, guru-guru pengawas kadet menggunakan panggilan pangkat Cadet PSO (Probation Station Officer) sebelum ditukar kepada Pegawai Kadet Bomba Percubaan.

Beliau bertugas di Sekolah Menengah Saiyidina Husain, Jerudong di Mukim Sengkurong sebagai guru matapelajaran Geography. Selain itu, beliau juga aktif di dalam bidang seni tarian Melayu Asli dan bidang sukan hoki. Tanda pangkat dan sijil disampaikan oleh Komanda Pusat Latihan, Penguasa Bomba dan Penyelamat Awang Abd Sufriyan bin Haji Abdul Hamid. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai di pusat latihan berkenaan dan guru-guru pengawas yang lain.

Hajah Latifah (barisan tengah, tiga dari kanan) bergambar ramai bersama Komandan dan pegawai-pegawai Pusat Latihan serta rakan seperjuangan


Rabu, 17 Mei 2017

Menyaksikan Demonstrasi Sukan Judo

Berakas - Rabu, 17 Mei 2017 - Satu demonstrasi sukan Judo telah diadakan pada petang tadi bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah bermula jam 2 petang. Acara dianjurkan bersama di antara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kedutaan Jepun di negara ini.

Acara demonstrasi dimulakan dengan sejarah ringkas sukan judo oleh wakil sukan berkenaan dari negara Jepun. Seterusnya diikuti oleh demonstrasi sukan berkenaan termasuk gerakan pemanasan badan. Hadir di acara tersebut ialah pegawai-pegawai dari KKBS dan wakil-wakil dari Pejabat Kedutaan Jepun. Turut hadir di demonstrasi tersebut ialah pasukan-pasukan beruniform di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan iaitu Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kadet Polis Diraja Brunei dan Kadet Bomba dan Penyelamat (KBPB).


Di antara pegawai-pegawai dari KKBS dan wakil Pejabat Kedutaan Jepun yang hadir

Seramai 4 orang ahli KBPB dari Sekolah Menengah Saiyyidina Husain yang diiringi oleh guru pengawas KBPB, Pegawai Kadet Bomba Percubaan Hajah Latipah binti Sawal dan 5 orang ahli KBPB dari Sekolah Menengah Saiyyidina Hassan diiringi oleh guru pengawas Cikgu Haryati binti Panjang menyertai demonstrasi tersebut.

Sesi pemanasan badan sebelum demonstrasi


Para peserta mendengar penerangan dari wakil sukan berkenaan


Tunjukcara cara memegang lawan




Tunjukcara menjatuhkan lawan


Ahli-ahli KBPB beserta guru-guru pengawas bergambar bersama wakil sukan judo dari Jepun


(Kredit foto: Pegawai Kadet Bomba Percubaan Muhammad Hilmey dan Guru Pengawas KBPB Haryati binti Panjang)

Khamis, 23 Februari 2017

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2017

KHAMIS - 23 Febuari - Pada hari ini Negara Brunei Darussalam telah menyambut Hari kebangsaan yang ke 32. Sepertimana lazimnya Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat (KBPB) akan menyertai perbarisan lalu. Pada tahun ini, pasukan KBPB diketuai oleh Guru Pengawas Cikgu Haji Khairul Azizul
Bagi memastikan perbarisan berjalan dengan lancar, beberapa siri latihan telah diadakan di Pusat Latihan JBP iaitu pada 13 dan 14 Februari 2017. Manakala bermula dari 15 hingga 21 Februari, latihan dijalankan di Bandar Seri Begawan.

Pasukan KBPB dalam satu latihan pada 18 Februari 2017


Barisan guru-guru pengawas KBPB bersama Komandan Pusat Latihan JBP


Pasukan KBPB dari Sekolah Menengah Saiyyidina Hassan

(Kredit foto: Pegawai Kadet Bomba Percubaan Muhammad Hilmey & Guru Pengawas KBPB Dayang Haryati)