Ahad, 27 November 2016

Sertai Firefighters Run 2016

Berakas - Ahad, 5 Jun 2016 - Sebagai tanda menghargai jasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Syarikat Armtrix Sdn Bhd hari ini telah menganjurkan Firefighters Run yang terbuka untuk orang ramai dengan kerjasama JBP. Aktitivi ini mengambil tempat di Kompleks Sukan JBP dan kawasan sekitarnya dan merupakan kali pertama diadakan dengan pendaftaran secara talian melalui media sosial Facebook. 

Di antara yang menyertai aktiviti ini ialah pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan yang diketuai oleh Guru Pengawas Kadet Cikgu Haryati binti Panjang dan disertai oleh tiga orang ahli kadet.

Sempat berselfie di kawasan padang sebelum acara larian bermula

Di antara acara yang diikuti oleh mereka ialah larian sejauh 3 km dan Kawad Hydrant 1.

Cikgu Haryati menerima penerangan dari pengendali acara Kawad Hydrant


Cikgu Haryati ketika menembak sasaran dengan nozel

(Sumber Gambar: Cikgu Haryati)