Ahad, 17 Ogos 2014

Sertai Istiadat Barisan Kehormatan


Bandar Seri Begawan. Khamis, 14 Ogos 2014 - Bersempena dengan Hari Puja Usia Yang Keenam Puluh Lapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Istiadat Barisan Kehormatan telah diadakan pada hari ini.
Sepertimana lazimnya, pasukan pertubuhan beruniform akan turut serta di dalam istiadat tersebut termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Kadet Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam (KBPB) yang diletakkan di bawah Pasukan Pertubuhan Awam di bawah perintah Pegawai-Pegawai Pengawasnya iaitu Inspektor Mohd Kenny Safwan bin Abdullah Yawang dan Inspektor Abd Hafizazuddin bin Haji Abd Wahab dari Pasukan Polis Diraja Brunei.

Manakala Ketua Perbarisan bagi pasukan KBPB ialah PFCO Norimy bin Haji Ahad dan Penolong Ketua Perbarisan KBPB ialah PFCO Hajah Latifah binti Haji Shawal (SM Sayyidina Husain, Jerudong). Manakala Pelapis Ketua Perbarisan ialah Guru Pengawas Kadet Bomba Md Nazib bin Haji Abdul Kadir (SM Rimba II) manakala Penolong Ketua Perbarisan KBPB pula ialah Guru Pengawas Kadet Bomba Haryati binti Panjang (SM Sayyidina Hasan). Seramai 30 ahli KBPB terdiri dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Rimba II, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dan Sekolah Menengah Sayyidina Husain serta 2 orang ahli simpanan menyertai istiadat berkenaan.

Istiadat dimulakan pada kira-kira jam 7:15 pagi dengan perbarisan masuk pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Seterusnya diikuti dengan Perarakan Masuk Panji-Panji Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1BN TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).
 PPFO3_019

Istiadat diteruskan dengan keberangkatan kerabat-kerabat diraja dan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diikuti dengan Hormat Diraja dan tembakan 21 das meriam. Baginda seterusnya dijunjung bagi memeriksa barisan kawalan kehormatan dan pertubuhan beruniform.
ZUL-IZZI_03
ZUL-IZZI_06
Kenderaan khas KDYMM ketika melintas di hadapan pasukan KBPB

Seterusnya ialah perbarisan lalu dalam perlahan dan cepat jalan oleh pasukan barisan kawalan kehormatan. Setelah selesai, kesemua pasukan melaungkan "Daulat" sebanyak 3 kali ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Istiadat diakhiri dengan Hormat Diraja dan serentak dengan penerbangan lalu oleh pesawat-pesawat TUDB.
Istiadat ini lazimnya diadakan pada setiap 15 Julai namun disebabkan tarikh berkenaan jatuh dalam bulan Ramadhan maka istiadat berkenaan diganjakkan ke bulan berikutnya. Ianya menandakan bermulanya acara-acara keraiean sempena Hari Puja Usia KDYMM. 
Majlis-majlis lain yang akan disertai oleh pasukan KBPB ialah Majlis Persantapan bagi pasukan beruniform yang akan diadakan pada Hari Sabtu Malam Ahad 16 Ogos 2014 di Dewan Persantapan, Istana Nurul Iman dan Majlis Ramah Mesra bagi Daerah Brunei-Muara yang akan diadakan pada Hari Ahad, 24 Ogos 2014 di Taman Haji Sir Muda Omarali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Ahad, 3 Ogos 2014

Jadual bagi majlis-majlis sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-68 Tahun


1. Latihan dalaman:

    Tarikh :   04 Ogos 2014
    Jam    :    1400
    Tempat :   Padang Kawad, PL Bomba dan Penyelamat, Lambak Kanan

2. Latihan bersepadu:

    Tarikh  :   06, 07, 09 Ogos 2014
    Jam     :   0710
    Tempat:   Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan


3. Latihan penuh:

    Tarikh  :   11 Ogos 2014
    Jam     :   0710
    Tempat:   Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan


4. Latihan bersepadu (simpanan):

    Tarikh  :   12 & 13 Ogos 2014
    Jam     :   0710
    Tempat:   Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

4. Istiadat Perbarisan Kehormatan

    Tarikh   :   14 Ogos 2014
    Jam       :   0710
    Tempat :   Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

5. Majlis Santap Pasukan Beruniform:

    Tarikh   :   16 Ogos 2014
    Jam       :   1700
    Tempat melapor :   Balai Bomba dan Penyelamat Tumasek
    Tempat acara     :   Dewan Persantapan, Istana Nurul Iman.
    Pakaian  :   Uniform No. 2 (Hitam)

Peringatan:

  • Hanya pegawai dan anggota kadet yang telah ditetapkan sahaja yang akan menyertai majlis-majlis tersebut.
  • Hendaklah berada di tempat acara/melapor sekira-kira 15 minit lebih awal dari jam-jam yang disebutkan di atas.